Beroperasi sejak 2010 - 2015
011-1525 4575 (SMS / WhatsApp sahaja)
(Nyatakan tujuan/produk semasa berhubung)

Sistem Umpan Anai-Anai (Termite) DIY

Lebih Berkesan. Lebih Jimat.

Sistem Umpan Anai-Anai (Termite) DIY

- Sila baca dan fahami maklumat berkenaan anai-anai sebelum membeli -
Dalam iklim tropika seperti Malaysia, serangga / makhluk perosak adalah masalah yang sangat umum. Anda boleh cuba  produk Sistem Umpan Anai-Anai (Termite) DIY yang ideanya seperti sistem yang di tawarkan oleh syarikat kawalan serangga tetapi dengan harga yang ekonomi. Orang ramai mulai sedar bahawa sistem umpanan telah terbukti sebagai salah satu kaedah terbaik untuk membasmi serta mencegah anai-anai. Pengumpanan merupakan kaedah kawalan anai-anai yang berkesan kerana ia mensasarkan sarang anai-anai di mana punca serangan berlaku.

* Gambaran sebenar kebekesanan penggunaan Pakej Super.

Bagaimana ia bertindak?

Sistem Umpan Anai-Anai (Termite) DIY menggunakan teknik yang memanipulasi biologi dan tabiat pemakanan anai-anai yang sedia ada dengan memperkenalkan racun kepada mereka dalam bentuk makanan asas mereka iaitu selulosa. Racun yang diperkenalkan adalah unik kerana anai-anai tidak menyedari bahawa mereka sebenarnya telah makan dan menyebarkan racun ini sesama yang lain sehingga sampai ke koloni asal mereka yang kebiasaannya berada jauh di dalam tanah. Racun ini kemudiannya bertindak di dalam kitaran hidup mereka dengan mencacatkan mereka sewaktu dan selepas mereka melalui proses penyalinan kulit. Anai-anai mati akibat pembesaran terbantut kerana tidak dapat menyalin kulit. Akibat terlampau banyak individu yang telah terkorban akibat racun ini, seluruh koloni akan menjadi lumpuh akibat sistem pertahanan, pemakanan dan kebersihan mereka terganggu oleh kekurangan pekerja. Anai-anai pekerja akan berkurangan kepada 20% dan menyebabkan masalah kekurangan makanan. Kemudian, anai-anai askar yang berjumlah 80% terpaksa keluar membantu membawa racun yang disangka makanan. Jumlah anai-anai askar akan turut berkurangan akibat kematian. Raja dan ratu anai-anai akan mengalami masalah sistem pembiakan dan tidak dapat menghasilkan anai-anai baru. Seterusnya seluruh koloni anai-anai biasanya mati dalam tempoh 3 hingga 6 minggu. Seluruh anai-anai mati kerana deria mereka telah bercelaru dan tidak dapat mengesan sebab kematian dan terus memakan racun yang disangka makanan.

Kelebihan

Kesan racun terhadap anai-anai

  • Penggunaan mengikut standard kawalan anai-anai
  • Membasmi seluruh koloni anai-anai dalam masa 3 ke 6 minggu sahaja
  • Jimat hingga ribuan ringgit
  • Tidak merosakkan rumah berbanding kaedah menebuk lubang
  • Tidak berbau dan tidak berbahaya kerana racun di dalam kotak sahaja berbanding kaedah semburan
  • Hanya 1 stesen umpan diperlukan untuk bertindak kepada seluruh anai-anai
  • Boleh dilakukan sendiri di rumah

  • Kasta pekerja bertukar warna menjadi putih susu
  • Anai-anai menjadi tidak normal, tidak bekerja dan malas
  • Nisbah askar melebihi pekerja akibat kematian
  • Kehadiran kulat menunjukkan kematian koloni
  • Bangkai anai-anai di dalam stesen

Spesis anai-anai yang berkesan menggunakan kaedah ini

Coptotermes acinaciformis

Coptotermes curvignathus

Coptotermes frenchi

Coptotermes formosanus

Coptotermes gestroi

Coptotermes vastator

Globitermes sulphureus

Heterotermes ferox

Macrotermes gilvus

Microtermes spp.

Reticulotermes spp.

Schedorhinotermes spp.

*Kebanyakan spesis anai-anai berkesan menggunakan kaedah ini. Jika anda kurang pasti, sila hantar gambar anai-anai yang dikesan. Kami akan cuba pastikan spesis tersebut.

011-1525 4575 (melalui WhatsApp & Telegram sahaja)

Mengapa anai-anai masih aktif walaupun anda telah menggunakan racun anai-anai yang dibeli di kedai-kedai?

Racun yang dijual di kedai-kedai kebanyakannya jenis repellent iaitu berbau. Biasanya bahan aktif chlorfyrifos. Racun ini hanya membunuh anai-anai yang terkena semburan manakala anai-anai lain akan mengelak akibat racun berbau dan menyerang ke lokasi lain.

Terdapat juga racun jenis repellent iaitu tidak berbau yang dijual contohnya mengandungi bahan aktif cypermethrin, deltamethrin atau tetramethrin tetapi sebenarnya telah diuji hanya sesuai untuk membasmi semut atau lipas. Jika ada pun racun jenis cecair yang menggunakan bahan fipronil atau imidacloprid, ia hanya sesuai untuk semburan berkala dan rawatan tanah secara tebukan. Ia kurang berkesan sebagai agen pengumpanan kerana kandungan racun cecair mengandungi bahan aktif lebih tinggi menyebabkan anai-anai cepat mati dan tidak sampai ke sarang untuk membunuh ratu anai-anai.

Bagaimana membezakan sistem umpan original dan tiruan?

Original

  • Menggunakan bahan aktif Hexaflumuron 0.1% atau Chlorfluazuron 0.1%. Bahan ini telah disahkan berkesan membasmi anai-anai.
  • Berbentuk kayu atau serbuk penarik anai-anai.
  • Racun dalam stesen umpan plastik.
  • Stesen umpan 1 atau 2 sahaja, hanya kuantiti racun yang berbeza dan ditambah mengikut keperluan.
  • Tempoh pembasmian 3 ke 6 minggu atau lebih jika koloni bersaiz sangat besar.
  • Harga murah yang munasabah. 
  • Arahan penggunaan spesifik mengikut standard syarikat kawalan anai-anai.

Tiruan

  • Menggunakan bahan deltamethrin atau tetramethrin. Bahan ini banyak digunakan untuk membasmi semut atau lipas.
  • Kebanyakan berbentuk tisu atau bantal.
  • Racun dalam stesen umpan kertas.
  • Menggunakan banyak stesen umpan untuk di pasang di beberapa lokasi.
  • Tempoh pembasmian dikatakan kurang 3 minggu atau 1 bulan.
  • Harga terlalu murah / tidak masuk akal.
  • Arahan penggunaan terlalu mudah contohnya seperti hanya terus pasang sahaja.

Apa yang membezakan kaedah ini dengan kaedah menebuk lubang?

Diakui terdapat kekeliruan di kalangan individu berkenaan kaedah membasmi anai-anai kerana maklumat yang tidak tepat. Kaedah menebuk lubang sebenarnya adalah sebagai perisai untuk menghalang anai-anai yang berada di luar daripada menceroboh ke dalam rumah. Jika rumah sudah diserang anai-anai, kaedah menebuk lubang tidak lagi berkesan, maka kaedah pengumpanan adalah paling sesuai digunakan.

Kenapa begitu murah berbanding tawaran syarikat kawalan serangga / pest control walaupun menggunakan kaedah dan bahan yang sama?

  • Dijual secara online sahaja
  • Tidak perlu menyewa premis perniagaan
  • Tidak perlu mengupah pekerja
  • Tidak perlu kos pengangkutan
  • Tidak perlu mengenakan caj perkhidmatan (pelanggan mengendalikan sendiri)

Testimoni Pengguna

Kaedah Pemasangan dan Pemantauan

Arahan bergambar disertakan kepada pelanggan.

Pakej

Pakej Super 
Bronze
Pakej Super 
Silver
Pakej Super 
Gold  
100g x 1 pek bahan Chlorfluazuron
100g x 2 pek bahan 
Chlorfluazuron
100g x 4 pek bahan 
Chlorfluazuron
Untuk saiz koloni anai-anai kecil
Untuk saiz koloni anai-anai besar
Untuk saiz koloni anai-anai sangat besar
Umpan di dalam 
1 stesen
Umpan di tambah setiap 2 minggu di dalam 
1 stesen
Umpan di tambah setiap 2 minggu di dalam 
1 stesen

*Gunalah kelebihan internet untuk mencari maklumat yang tepat sebelum berurus niaga*

Emel:
pestgrave.webs.com@gmail.com
Tel:
011-1525 4575
(SMS / WhatsApp sahaja)

Wikipedia

Fipronil

Chlorfluazuron

Hexaflumuron

Imidacloprid

Chlorpyrifos

Cypermethrin

Deltamethrin

Tetramethrin

Coptotermes acinaciformis

Coptotermes curvignathus

Coptotermes frenchi

Coptotermes formosanus

Coptotermes gestroi

Coptotermes vastator

Globitermes sulphureus

Heterotermes ferox

Macrotermes gilvus

Microtermes spp.

Reticulotermes spp.

Schedorhinotermes spp.